Teknologi

 Spesifikasi Dan Gambaran Awal Samsung Galaxy S3 Dipertontonkan

Nampaknya, walaupun Samsung tidak mengumumkan Galaxy S3 secara rasminya pada Mobile World Congress yang diadakan pada minggu ini, kini ia dilaporkan, spesifikasi awal peranti tersebut tersebar lebih awal, memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh peranti tersebut kelak.

Galaxy S3 merupakan kemaskini kepada keluarga Galaxy S, dimana sebelum ini Galaxy S2 telah menjadi salah satu peranti yang terjual dengan banyaknya diseluruh dunia, sekaligus menjadi peranti paling popular daripada pihak Samsung.
Melalui Galaxy S3, ia membawakan cip pemprosesan empat-teras Samsung Exynos 1.5GHz, skrin sentuh seluas 4.8-inci, kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, dan menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya. Ia turut dikatakan akan membawakan badan seramik padanya, dan turut menyokong rangkaian LTE. Tambahan lagi, Galaxy S3 dikatakan membawakan paparan Blu-Ray, berkemungkinan merujuk kepada paparan berkualiti tinggi (HD) melalui skrin mereka.
Jadi, bersama-sama dengan beberapa peranti yang diperkenalkan, seperti Nokia 808 PureView, HTC One X, Sony Xperia NXT dan sebagainya, adakah Galaxy S3 masih akan menjadi peranti yang dinantikan ramai

 

----------------------------------------------------------------------------------

#Tips : Lindungi Laman Web Anda Dengan Mudah Melalui 6scan

Keselamatan sesuatu laman web menjadi salah satu perkara utama pada zaman digital kini, dengan pelbagai laman yang digodam dari hari ke hari. Dan dalam usaha untuk memudahkan anda menemui masalah pada laman web atau pemasangan CMS anda, kini sebuah perkhidmatan baru dilancarkan dalam bentuk alpha, iaitu 6scan.

Melalui 6scan, ia menawarkan perkhidmatan untuk mengimbas laman web anda untuk mengetahui masalah-masalah yang terdapat padanya membolehkan para pengodam menceroboh laman anda. Disamping itu, mereka menyediakan beberapa pelan tambahan, dimana mereka menawarkan pelan berbayar, yang membolehkan mereka mengatasi dan memperbaiki masalah sekuriti pada halaman anda secara automatik, dan serta-merta.
Bagi pelan berbayar, ia menghantar emel terus kepada anda sekiranya menemui sebarang permasalahan, sekaligus membolehkan anda mengatasi sesuatu perkara itu dengan pantas. Namun, ia memerlukan sedikit pengetahuan teknikal. Dan bagi mereka yang tidak ingin melakukannya sendiri, boleh melanggan perkhidmatan berbayar daripada pihak 6scan pada kadar yang amat berpatutan.
Memandangkan ianya masih pada peringkat alpha, 6scan hanya melancarkan sokongan untuk platform WordPress terlebih dahulu, dimana mereka menyediakan sebuah plugin khas yang boleh menyemak masalah sekuriti pada pemasangan anda. Sokongan untuk Drupal, Joomla dan beberapa lagi platform dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Bagi para pembangun web yang berminat, mungkin anda boleh menguji keselamatan dan sekuriti pemasangan anda hari ini menggunakan perkhidmatan 6scan ini, dan mengambil langkah yang patut diatasi untuk mengelakkan laman anda digodam. Selain daripada 6scan, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan seperti CloudFlare dan sebagainya, untuk menambahkan lagi keselamatan pada laman web anda.

 From aMaNz

---------------------------------------------------------------------------------

Facebook Memperkenalkan Perkhidmatan Untuk Menguji Pelayar Web Mudah-Alih

Semakin hari, peranti mudah-alih semakin popular dan sering digunakan unuk pelayaran web dan sebagainya. Namun, sehingga ke hari ini, tiada aplikasi ujian yang sesuai untuk aplikasi web mudah-alih. Untuk mengatasi perkara ini, Facebook hari ini muncul dengan aplikasi untuk ujian pelayar-web mudah-alih mereka tersendiri, dinamakan sebagai RingMark.
Dengan RingMark, ia sekaligus memudahkan para pembangun aplikasi berasaskan web, serta memahami pelayar web yang mana menyokong fungsi yang disertakan dan yang mana tidak menyokong, sekaligus mengoptimasikannya dengan lebih baik.
Perkara ini semestinya salah satu yang dinantikan ramai pembangun, dengan Mozilla yang bakal hadir dengan Boot-To-Gecko mereka, selain semua pembangun pelayar web memfokuskan kepada pembangunan pelayar web versi mudah-alih mereka tersendiri.
Untuk mengaksesnya, anda boleh ke laman Rng.io, dan menjalankan ujian terus melalui pelayar web mudah-alih anda. Facebook turut mengatakan yang mana mereka akan menjadikannya sebagai sumber terbuka, dan mendermakannya kepada W3C tidak lama lagi.

 Sumber : from aMaNz

 ---------------------------------------------------------

Widget Pilihan Untuk Blog | BlogUpp! | Widget Untuk Promosi Blog Anda


2

As-Salam.
Usia blog ini boleh dikatakan baru la jugak dengan menggunakan nama domain sendiri. Namun, seperti HH pernah ceritakan sebelum ini, HH dah berblog sejak dari tahun 2008 lagi ... itu menurut apa yang tercatat dalam blogger profile ... 

Dah bermacam widget dan gajet yang diletakkan dalam blog-blog HH yang macam-macam jenis ... makanya, ingin sekali HH kongsikan pengalaman, dan juga apa yang HH tahu tentang penggunaan beberapa widget yang sesuai untuk blogger.


BlogUpp!

Widget untuk promosikan blog sesama blogger. Anda tidak perlu daftar apa-apa, hanya layari laman web BlogUpp! .... isikan maklumat blog anda, dan kemudian letakkan ia sebagai widget di blog anda.

Ia aplikasi yang mudah, menggunakan iframe yang dibenarkan. Ia juga membolehkan blog anda disiarkan ke facebook dan twitter secara automatik apabila ada posting baru. Cubalah!

Apa yang membuatkan ia istimewa? 
  • All-in-1 Blog Promotion
  • No Sign-up. Ultra-Simple
  • Set-n-Forget. Own the Time
  • Fair Play. No Click Incentives
  • Authentic Blogger Community
  • Facebook & Twitter Cross-Post
  • Analytics with Measurable Results
  • Wordpress, Blogspot and alike friendly
  • Trusted by Blogosphere, Proven by Time
  • Interactive Content Discovery Tools & more

Anda boleh lihat contoh penggunaannya untuk promosi blog di sini: Blog Pilihan Blogger
Untuk anda mendapatkannya dan diletakkan di dalam blog anda ...sila KLIK: BlogUpp!

Selamat Mencuba.

Sumber Asal: Widget Pilihan Untuk Blog | BlogUpp! | Widget Untuk Promosi Blog Anda | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

 

-----------------------------------------------------------

Opera Mobile 12 Dan Juga Opera Mini Next 7 Dilancarkan

Bersempena dengan Mobile World Congress yang diadakan di Barcelona, hari ini, pihak Opera Software yang membangunkan pelayar web mudah-alih terkemuka didunia telah pun memperkenalkan Opera Mobile 12 secara rasminya kepada para pengguna Android dan juga Symbian, serta pelayar web mini mereka, iaitu Opera Mini Next 7.
Opera terus merevolusikan pelayar web mudah-alih mereka, dimana melalui Opera Mobile 12, mereka membawakan sokongan WebGL pada peranti Android, membolehkan menikmati permainan dan kandungan 3D dengan mudah pada peranti mudah-alih mereka. Pada masa yang sama, sokongan HTML5 ditambah, dan Opera Mobile 12 turut sama didatangkan dengan sokongan penggunaan kamera didalam pelayar web. Dari segi penggunaan Speed Dial pula, anda tidak lagi tertakluk kepada hanya 9 pautan, tetapi boleh menyertakan seberapa banyak yang anda inginkan.
Bagi Opera Mini Next 7 pula, ia turut sama membawakan sokongan Speed Dial tanpa had seperti pada Opera Mobile 12. Dan menariknya, Opera Mini Next 7 turut sama menyertakan sokonga Smart Page. Melalui Smart Page, ia membolehkan para pengguna mengakses laman sosial yang mengikuti pelbagai kemaskini dengan lebih pantas lagi.
Bagi mereka yang berminat dengan Opera Mobile 12 ataupun Opera Mini Next 7, anda boleh melayari laman muat-turun mereka hari ini, dan mula menggunakan fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Sumber : from aMaNz


-------------------------------------------------------------------------------

Samsung melancarkan Galaxy Note 10.1 yang dinantikan ramai, dimana secara ringkasnya, ianya membawakan tablet dengan skrin sebesar 10.1-inci dengan sokongan S-Pen padanya


Jikalau semalam Samsung mengumumkan pelancaran peranti Galaxy Beam bersama-sama dengan projektor terbina, hari ini, Samsung melancarkan Galaxy Note 10.1 yang dinantikan ramai, dimana secara ringkasnya, ianya membawakan tablet dengan skrin sebesar 10.1-inci dengan sokongan S-Pen padanya, amat bersesuaian sekiranya ingin mengambil nota atau melukis padanya.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Note 10.1 membawakan cip pemprosesan dwi-teras sepantas 1.4Ghz, didatangkan bersama Android 4.0 Ice Cream Sandwich, RAM 1GB, kamera belakang 3-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel padanya. Menariknya adalah, ia sememangnya dioptimasikan untuk artis dan mereka yang gemar melukis dan sebagainya, dimana Galaxy Note 10.1 bakal didatangkan bersama-sama dengan Adobe Photoshop Touch dan juga Adobe Ideas padanya.
Bilakah ia akan dilancarkan di pasaran tempatan masih lagi tidak diketahui lagi buat masa ini. Selain daripada Galaxy Note 10.1, baru-baru ini, Samsung turut sama telah memperkenalkan keluarga Galaxy Tab 2 dalam variasi 7-inci dan juga 10.1-inci.

 Sumber : from aMaNz






-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Politeknik Sultan Ibrahim memperlihatkan Kawalan Suia Menggunakan Internet

Bagi yang masih ingat, pada tahun lepas, Google telah pun memperlihatkan kawalan peranti-peranti elektronik dirumah menggunakan Android. Perkara ini dikenali sebagai Android @Home, dan memerlukan peralatan elektronik khas untuknya. Dengan konsep sedikit berbeza, kini Politeknik Ibrahim Sultan muncul dengan idea lebih kurang sama, iaitu mengawal peralatan elektrik dirumah menggunakan internet dan peranti mudah-alih.

Untuk menjayakan perkara ini, mereka menggunakan sebuah peranti tambahan yang disambungkan kepada suis utama dirumah. Dan sebuah komputer juga disambungkan dengan perisian khas padanya kepada peranti tersebut. Melalui komputer tersebut, para pengguna boleh mengawal sebarang suis yang mereka ingin buka dan tutup dengan mudah dan pantas.

Dan bagi mereka yang ingin menggunakan perisian tersebut pada tablet mahupun telefon pintar, pihak Politeknik Ibrahim Sultan masih belum membangunkan sebarang aplikasi khas. Namun, dalam demonstrasi yang diperlihatkan, mereka menjayakannya melalui penggunaan aplikasi TeamViewer yang menyambungkan peranti tersebut kepada komputer utama.
Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat prototaip, dan pembangunnya masih belum pasti sepenuhnya bilakah ianya akan dikomersialkan.

Sumber : from aMaNz

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sokongan cover photo facebook group diperkenal kepada lebih ramai. 

Beberapa minggu sebelum ini, kami pernah melaporkan mengenai antaramuka baru untuk Facebook Groups, membolehkan para pentadbir menyertakan gambar seakan Cover Photo pada Facebook Timeline. Nampaknya, setelah melalui pelbagai fasa ujian, hari ini, Facebook telah pun mula memperkenalkannya secara meluas kepada semua Facebook Groups fungsi tersebut.
Bermula daripada hari ini, mereka yang log masuk ke halaman Facebook Groups, anda akan melihat paparan gambar-gambar pengguna secara rawak pada bahagian atas Facebook Groups tersebut, yang mana boleh diubah kepada sebuah gambar yang unik lagi, dan memberikan identiti yang lebih menyeluruh kepada sesuatu Facebook Groups itu.

Ini boleh diperkatakan sebagai sebahagian daripada antaramuka baru untuk Facebook, dimana setelah memperkenalkan sokongan Facebook Timeline pada profil, sebahagian daripada sokongan daripadanya diperkenalkan kepada Facebook Groups. Beberapa laporan turut mengatakan Facebook bakal memperkenalkan sokongan Facebook Timeline pada Pages, tetapi tidak lagi diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan.

 Sumber : from aMaNz



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



 Website LYNAS kena HACK.


Perbincangan mengenai Lynas kini kembali hangat akhir-akhir ini, dengan ramai yang menyatakan rasa tidak puas hati berkaitan dengan pembinaannya di Malaysia. Dan selain daripada dunia nyata, kini laman Lynas Corp turut sama digodam oleh pengodam tempatan, serta memperlihatkan rasa cintakan negara melaluinya.

Melalui halaman yang masih boleh diakses (ketika artikel ini ditulis), pengodam meninggalkan sebuah mesej ringkas, iaitu “Stop Lynas Save Malaysia” dan juga “Do Not Hurt My Country”. Buat masa ini, halaman utama laman web tersebut tidak dapat diakses. Pihak KenaHack.com yang sering mengeluarkan kemaskini semasa berkaitan laman-laman tempatan yang digodam, melalui halaman Facebook mereka mengatakan, “Dari sudut defacment , kelihatannya penceroboh ( hacker ) menambahkan iframe pada laman utama laman lynas ke satu fail deface yg dimuat naik.”

 Sumber : from aMaNz

..............................................................................................................................................................
Ingin mengetahui Lokasi pasar berdekatan?Kini ada aplikasi untuknya.

Pasar Malam merupakan salah satu tempat yang sering menjadi kunjungan ramai setiap minggu, tanpa mengira lokasi, diseluruh Malaysia. Ia menjadi salah satu lokasi dimana rakyat Malaysia mendapatkan makanan dan sebagainya pada kadar harga yang menarik. Dan untuk memudahkan anda mengetahui pasar malam berdekatan dengan lokasi anda, sebuah aplikasi ringkas diperkenalkan, iaitu NightMarkets Malaysia.

Buat masa ini, ianya hanya ditawarkan kepada para pengguna platform iOS sahaja, tanpa mengetahui sebarang info berkaitan adakah ianya akan dilancarkan kepada para pengguna platform lain ataupun tidak. Melalui aplikasi tersebut, ia menyenaraikan lokasi-lokasi pasar malam di seluruh Malaysia, dimana disusun mengikut negeri, lokasi dan juga hari. Anda juga boleh melihat pasar malam berdekatan anda melalui sokongan geolokasi yang didatangkan bersama-sama dengannya.
Jadi, bagi para pengguna iOS yang amat meminati untuk berkunjung ke pasar malam, mungkin ianya merupakan salah satu aplikasi yang penting untuk anda, dan boleh dimuat-turun secara percuma daripada AppStore hari ini.

Sumber : from aMaNz